Harga Toyota Corolla Altis 2014 Diumumkan


Harga Toyota Corolla Altis 2014 telah pun diumumkan oleh UMW Toyota Motor iaitu untuk varian 1.8E ialah RM114,000, 2.0G ialah RM123,000 dan 2.0V ialah RM136,000. Kesemuanya adalah harga atas jalan (OTR) beserta insuran untuk Semenanjung Malaysia. 


Tiga varian yang bakal dilancarkan 1.8E, 2.0G dan 2.0V dipasang dengan suspensi MacPherson Strut dengan penstabil pada bahagian depan dan Tersion Beam dengan penstabil pada suspensi belakang, teknologi stereng kuasa elektrik (EPS) dan lampu belakang LED.

Manakala dari aspek keselamatan pula, Corolla Altis dengan transmisi CVT 7-kelajuan Sport baru ini dimuatkan dengan EBD, BA, dua beg udara depan, sistem immobilizer dan sensor kabin. Berdasarkan laman web rasmi Toyota Malaysia, Corolla Altis yang disuntik dengan enjin 1.8 liter DOHC Dual VVT-i 4-silider 16-injap mampu menjana kuasa maksimum sehingga 138hp dengan tork maksimum 173Nm. 

Bagi enjin 2.0 liter DOHC Dual VVT-i 4-silider 16-injap pula mampu memberikan kuasa tujahan sehingga 143hp dengan tork maksimum 173Nm. UMW Toyota Motor akan melancarkan tiga varian Toyota Corolla Altis baru yang dipertingkatkan dari aspek teknologi tidak lama lagi.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger