DRB-Hicom Perkukuh Sayap Automotif


Sayap automotif DRB-Hicom Berhad yang antara lain menaungi operasi jenama-jenama penting seperti Proton, Honda, Volkswagen, Audi, Mitsubishi, Isuzu, di Malaysia mempunyai perancangan menyeluruh bagi merancakkan industri pada 2014.

Ia sebagai permulaan, model kompak global yang kini sedang dalam peringkat akhir ujian dijangka akan dilancarkan April nanti. “Menjadi sasaran kami untuk mengeluarkan model-model yang dapat mewakili Proton di dalam setiap segmen utama dalam pasaran. Untuk itu, kami akan mulakan dengan model kompak bagi segmen A yang masih belum ada penawaran daripada Proton buat masa ini terlebih dahulu,” jelas Tan Sri Mohd Khamil Jamil, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom.

Bagi model Perdana yang disadur daripada model Honda Accord pula, yang setakat ini hanya akan dikeluarkan untuk kegunaan kerajaan, tempoh 24 bulan disasarkan untuk Proton melakukan penyelarasan kadar perbezaan dan kemaskini bagi pembangunan model berkenaan supaya menjadi lebih kompetitif sebagai model Proton.

Turut disentuh ialah kerjasama antara Proton-Honda dari aspek kemajuan teknologi, perkongsian platform dan penerapan amalan terbaik dalam proses pengeluaran bagi meningkatkan kecekapan dan kualiti produk Proton di masa akan datang. Selain itu, Lotus juga sedang dalam persiapan untuk memperkenalkan model baru menjelang 2016.

Bagi Volkswagen pula, selepas melakukan pemasangan tempatan bagi model Passat dan Polo Sedan tahun lalu, jenama itu bakal tampil dengan model Jetta pemasangan tempatan tidak lama lagi. Bagi Honda, operasi kilang keduanya di Pegoh yang sudah mula beroperasi sejak Ogos tahun lalu menjadi satu lagi pencapaian utama kumpulan DRB-Hicom. Dengan kapasiti pengeluaran mencecah 100,000 unit setahun, kilang berkenaan juga disasarkan untuk menjadi hub pemasangan kereta hibrid serantau, termasuk menyediakan model kenderaan untuk pasaran eksport.

“Bagi sayap automotif di bawah DRB-Hicom, syarikat secara berterusan untuk memperkukuhkan segenap aspek operasi bagi menyediakan penawaran yang lebih pelbagai dan berkualiti kepada rakyat Malaysia,” tambah Khamil lagi. Selain itu, sektor automotif syarikat ini turut dijangka akan menerima manfaat daripada pemilikan DRB-Hicom terhadap Composite Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM), yang memberi tumpuan kepada penghasilan produk komposit ringan bagi kegunaan industri penerbangan untuk diaplikasikan terhadap praktis automotif dimasa akan datang.

Tan Sri Mohd Khamil Jamil ditemui ketika program kembara tahunan yang masuk kali kelima penganjurannya, DRB-Hicom Ke Bawah Bayu yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah. Sejumlah 35 unit Proton Suprima S dengan spesifikasi lengkap turut disediakan untuk memberi peluang kepada wakil media memandu ujinya sepanjang program berkenaan.

sumber : BH Auto
Share this article :

+ comments + 4 comments

Tanpa Nama
23 Januari 2014 6:55 PTG

TAHNIAH DRB HICOM YANG MEMACU MALAYSIA MAJU DALAM AUTOMOTIF.TERUTAMA SEKALI PROTON.

Tanpa Nama
25 Januari 2014 8:02 PTG

Bnyak lagi klau DRB nk improve proton sebagai contoh titik beratkan staff-2 proton sebab mreka bnyak yg brkemahiran sejak proton d tubuhkan.Harus ingat keuwangan untuk staff-2 nya bukan stakat komponen dlm yg dtingkatkan.klau x ramai yg lari nnti.itu slah satu mningkatkan antara untuk mningkatkan jenama proton.

Tanpa Nama
25 Januari 2014 8:03 PTG

Tanpa proton.automotif mlaysia xkan maju ..sudah bnyak jurutera yg dlahirkan

Tanpa Nama
25 Januari 2014 8:05 PTG

Kebajikan pekerja pun kena jaga.sebab dengar cerita ramai pkerja proton yg mngeluh.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger