Teaser Perodua Alza Baharu! Dilancar Januari Ini


Laman web Perodua telah memaparkan teaser Perodua Alza Baharu, di mana model ini bakal dilancarkan pada Januari 2014, beberapa hari yang akan datang. Terdapat beberapa ciri-ciri baru yang menarik menanti pada Alza baharu ini antaranya Monitor Pemain DVD di siling, tempat simpan barang di dalam arm rest, sistem multimedia navigasi dengan kamera undur, sistem isofix, interior serba hitam, panel meter baru dan bangku baris ketiga kini boleh dibaringkan salah satunya.

Dengan rekaan lebih menarik seakan Myvi SE, Alza 2014 ini datang dengan bodykit bercirikan model Myvi SE. Rekaan bahagian fog lamp diberi sentuhan baru serta bahagian belakang turut mengalami perubahan dengan lampu belakang dan reflektor yang baru. Rekaan gril hadapan yang baru kini dapat dilihat dengan lebih jelas. Turut serta terdapat perubahan adalah pada bahagian logo belakang. 

Berdasarkan beberapa siri spyshot sebelum ini, kita dapat lihat terdapat varian SE dan Advance yang baru. Alza 2014 ini boleh ditempah mulai sekarang. Kini Alza mempunyai tagline baru iaitu The Alza For Everyone. Senarai harga masih belum saya perolehi :-)

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ



Share this article :

+ comments + 1 comments

21 Disember 2013 7:38 PTG

Memang menarik, lebih bernilai..tapi harga kena mampu milik baru boleh bersaing.. :)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger