Spyshot Proton Global Small Car (GSC @ P2-30A) Kini Ditemui Lagi!!!


Spyshots terkini Proton Global Small Car (GSC @ P2-30A) telah dimuat naik di laman forum cforum.cari.com.my. Jika sebelum ini Spyshot hanya di bahagian belakang, spyshot kali ini berjaya dirakamkan pada sudut tepi, GSC @ P2-30A diiringi oleh Honda Brio yang juga menggunakan trade plate. Mungkin Brio digunakan sebagai fuel consumption (FC) comparison. 

Proton GSC P2-30A dibangunkan dengan platform serba baru yang bakal dikongsi dengan model gantian Saga dan MPV B segmen, model ini akan dilancarkan pada suku pertama 2014 pastinya dinanti-nantikan. Turut dilancarkan pada 2014 adalah model gantian Proton Perdana. GSC akan mempunyai 2 pilihan enjin, 1.3l IAFM+ dan 1.6l Campro NFE (mempunyai fungsi “Smart On/Off”). Transmisi CVT 7-kelajuan ProTronic dan manual 5-kelajuan akan dipadankan sebagai kombinasi kepada enjin tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger