Spyshot Proton Global Small Car (GSC @ P2-30A) Kini Ditemui Di Malaysia!!!


Sebuah Proton GSC P2-30A berjaya dirakamkan di negara kita, di lebuhraya NKVE. Jika sebelum ini kita dapat lihat spyshot yang berjaya dirakamkan di luar negara. Gambar di atas adalah pada bahagian belakang, kita dapat lihat sedikit rekaan bentuk lampu, cermin dan bonet. 

Proton GSC P2-30A dibangunkan dengan platform serba baru yang bakal dikongsi dengan model gantian Saga dan MPV B segmen, model ini akan dilancarkan pada suku pertama 2014 pastinya dinanti-nantikan. Turut dilancarkan pada 2014 adalah model gantian Proton Perdana.

GSC akan mempunyai 2 pilihan enjin, 1.3l IAFM+ dan 1.6l Campro NFE (mempunyai fungsi “Smart On/Off”). Transmisi CVT 7-kelajuan ProTronic dan manual 5-kelajuan akan dipadankan sebagai kombinasi kepada enjin tersebut. 

Model ini juga dikatakan yang pertama menggunakan EPS (Electronic Power Steering) selain mempunyai ciri-ciri keselamatan tinggi menyamai Suprima S dengan 6 beg udara dan lain-lain. Model ini akan dipasang di Tanjung Malim. Mungkin kita akan berpeluang melihat lebih banyak lagi spyshot yang lebih menarik di masa akan datang.



sumber : Funtasticko
Share this article :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
9 Disember 2013 10:03 PG

Tahniah PROTON teruskan perjuangan anda.Dengan pelbagai Segmen B seperti model gantian SAGA DAN MPV B SEGMEN.

20 November 2015 10:26 PG

unik tapi kelihatan jelek

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger