Rangkaian Lebuh Raya Di Bawah PLUS Tidak Naikkan Kadar Tol, Konsesi Lain Dijangka Naik Kadar Tol


Pihak pengurusan PLUS Malaysia Berhad mengesahkan bahawa syarikat konsesi lebuhraya terbesar itu tidak akan bercadang menaikkan kadar tol di semua lebuhraya kendalian syarikat itu pada tahun hadapan (2014), seperti yang dihebohkan baru-baru ini.

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Dato' Noorizah Abd Hamid, syarikat konsesi itu memahami tekanan kos hidup rakyat dan tidak berhasrat menaikkan kadar tol di semua lebuhraya PLUS dalam tempoh terdekat.

Beliau turut menambah bahawa PLUS sedang mengkaji mekanisme untuk menurunkan kadar tol semasa kepada kadar tol baru yang lebih rendah.

Penstrukturan semula tol semasa PLUS pada masa hadapan bakal memberi kelebihan kepada pengguna apabila mereka akan menikmati penjimatan antara 10 - 50 peratus berbanding kadar tol semasa.

Ketika ini, PLUS mengendalikan lima lebuhraya meliputi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Lingkaran Tengah (ELITE), Linkedua (Lintasan Kedua Malaysia Singapura), Lebuhraya Butterworth-Kulim (KLBK) dan Jambatan Pulau Pinang.

Beberapa lebuh raya yang bukan di bawah PLUS Malaysia Berhad akan menaikkan kadar tol tidak lama lagi. Berikut adalah jadual kadar baru tol yang dijangkakan akan berkuat kuasa pada tahun 2014 :

  1. LEBUHRAYA SUNGAI BESI BESRAYA RM1.30 kepada RM2.00
  2. LEBUHRAYA BARU PANTAI (NPE) RM1.60 kepada RM2.00
  3. LEBUHRAYA DAMASARA/PUCHONG (LDP) RM1.60 kepada RM2.10
  4. LEBUHRAYA BERTINGKAT AMPANG (AKLEH) RM1.50 kepada RM2.50
  5. LEBUHRAYA LINGKARAN LUAR BUTTERWORTH (BORR) (BAGAN AJAM RM1.20 kepada RM1.50) (PERAI RM1.30 kepada RM1.50) (SG NYIOR RM0.50 kepada RM1.20)
  6. LEBUHRAYA KAJANG (SILK) RM1.00 kepada RM1.30
  7. LEBUHRAYA KL-PUTRAJAYA (MEX) (PUTRAJAYA RM2.50 kepada RM3.50) (SALAK SELATAN RM1.50 kepada RM2.00)
  8. LEBUHRAYA KAJANG-SEREMBAN (LEKAS) (SISTEM TERTUTUP 14.96sen/km kepada 18.11sen/km) (SISTEM TERBUKA RM1.90 kepada RM2.30)
  9. LEBUHRAYA SENAI DESARU (SDE) 14.96sen/km kepada 18.11sen/km
  10. LEBUHRAYA TRAFIK KL BARAT (SPRINT) (PANTAI RM1.50 kepada RM2.50) (DAMASARA RM1.00 kepada RM1.50) (KIARA RM2.00 kepada RM3.00)
  11. LEBUHRAYA LEBAH KLANG SELATAN (SKVE) RM14.96c/KM kepada RM16.46c/KM
  12. LEBUHRAYA KORIDOR GUTHRIE (GCE) RM1.40 kepada RM1.90
  13. LEBUHRAYA SMART RM2.00 kepada RM3.00
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


Share this article :

+ comments + 6 comments

Tanpa Nama
17 Disember 2013 3:42 PTG

Syarikat tol selain PLUS sapa yang punya? PLUS dah kena ambil alih GLC.

Tanpa Nama
18 Disember 2013 8:06 PG

harap pihak tol tersebut dpt pertimbang semula kadar kenaikan.

Tanpa Nama
18 Disember 2013 1:28 PTG

Seingat aku masa sebelum PRU ada keluar suratkhabar nak turunkan harga tol berperingkat. Ini lepas PRU lain pulak ceritanye. Terima Kasih PM....mmmmuuaaah

Tanpa Nama
18 Disember 2013 2:29 PTG

Tol yg naik tu PKNS punya. PKNS sapa punya? Khalid berahim MB Selangor yg dh naik gaji lebih tu..

Tanpa Nama
18 Disember 2013 3:04 PTG

menteri-menteri untung la gaji besar. orang macam saya nak hidup macam mana. hari hari kerja kena ikut tol.

Tanpa Nama
18 Disember 2013 5:11 PTG

dengar cerita MB Selangor nk minta konsesi tol yang PKNS ada syer untuk tak naik tol. kita tunggu dan lihat.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger