Proton Perdana Baharu Dilancarkan!!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun melancarkan Proton Perdana berwajah baharu sebagai kenderaan rasmi kerajaan semalam di Putrajaya. Model yang merupakan versi rebadged Honda Accord generasi ke-8 akan digunakan sebagai kenderaan rasmi pegawai kerajaan untuk menggantikan Proton Perdana sedia ada dan Inspira. 

Proton Perdana berwajah baharu itu menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan. Dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baharu turut dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pada majlis itu, Najib juga menerima kenderaan rasmi beliau dengan plat nombor W11N. Turut hadir Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil dan menteri-menteri kabinet. 

Sebanyak 200 unit pertama Proton Perdana baharu akan diserahkan kepada kerajaan setiap bulan. Dikhabarkan versi Perdana baharu sepenuhnya fasa 2 sedang dibangunkan ketika ini dan bakal dilancarkan ke pasaran pada tahun 2015. Apa yang menariknya, penanda aras Perdana baharu nanti adalah model-model berprestij dari British dan bakal dibangunkan menggunakan platform Honda Accord generasi ke-9.
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 
 


Share this article :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
12 Disember 2013 10:31 PG

tahniah proton! walaupun rebagde je, tp tetap design indentiti proton. perdana utk jualan akan keluar 18 bln lg. yg tu lh hasil rekaan proton sendiri yg guna accord 9 gen.

Tanpa Nama
12 Disember 2013 5:24 PTG

Langkah permulaan PROTON untuk bangkit semula.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger