Proton P2-30A Ditemui Di Lebuhraya Elite!!


Dua sahabat saya telah mengirimkan beberapa keping gambar model terbaru Proton Global Small Car (GSC) P2-30a yang sedang melakukan ujian di Lebuhraya Elite. Kedua-dua sahabat saya Meegee Hassan dan Shahrul Azril yang mengirimkan gambar tersebut mungkin model P2-30a yang sama berdasarkan no plat yang terpapar dan berwarna putih. 

Gambar daripada Shahrul Azril yang diperolehi beliau dari FB rakan radio amatur Abdul Halim, memperlihatkan kepada kita semua model ini seperti tiada wiper blade di belakang. Begitu juga gambar yang dikirimkan oleh Meege Hassan, tiada wiper blade belakang dan terdapat sticker petak biru. Model Ujian P2-30a ini berwarna putih, dan munggunakan rim besi biasa. Menurut Meegee Hassan lagi, Proton P2-30a ini bersaiz lebih kurang Savvy dan tinggi seperti Myvi. Kemungkinan ia untuk varian biasa nanti.

Proton P2-30a bakal dilancarkan pada suku tahun pertama 2014. Proton GSC P2-30A dibangunkan dengan platform serba baru yang bakal dikongsi dengan model gantian Saga dan MPV B segmen. Saya juga turut dapat khabar model ini mungkin menggunakan 2 pilihan enjin, 1.3l IAFM+ dan 1.6l Campro NFE (mempunyai fungsi “Smart On/Off”). Transmisi CVT 7-kelajuan ProTronic dan manual 5-kelajuan akan dipadankan sebagai kombinasi kepada enjin tersebut.

Mungkin anda juga terserempak dengan Proton P2-30a ini, tunggu apa lagi, tangkap gambar dan kongsikan di sini :-)
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


sumber : Shahrul Azril 9m2sgn (Abdul Halim 9m2air)
Meegee Hassan
Share this article :

+ comments + 4 comments

Tanpa Nama
25 Disember 2013 10:05 PG

besar mirage kot

Tanpa Nama
26 Disember 2013 2:54 PTG

terbaik proton

Tanpa Nama
7 Januari 2014 10:07 PG

proton,..saya suka! saya suka!,....terbaikkk!!.

Tanpa Nama
7 Januari 2014 12:31 PTG

bila nak keluar ni?

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger