Proton Global Small Car (GSC) P2-30A Ditemui Lagi!


Siri spyshot Proton Global Small Car (GSC) P2-30A ditemui lagi, pembaca paultan.org, Harith Hamdan dan Hong Chun telah berjaya merakamkan model Proton ini sedang melakukan ujian di lokasi berbeza. Melihatkan gambar di atas, Proton P2-30A ini sangat rapat dengan rekaan yang merujuk Lotus City Car atau lebih dikenali dengan nama produksi Lotus Ethos. Ini kerana kita dapat lihat rekaan bumper hadapan yang mempunyai ruang udara masuk yang besar seperti Ethos, hanya grill atas kecil seperti Proton Emas.

Pembaca Harith Hamdan berjaya merakamkan P2-30A ini menggunakan camera dashboard beliau di Cameron Highland, terdapat dua unit model ini sedang dipandu uji. jika kita merujuk gambar yang diambil dari rakaman video dashboard kereta beliau, kita dapat mengagak saiz P2-30A ini, perbandingan motorsikal dan P2-30A seolah-olah bersaiz besar dari Viva dan kecil dari Myvi. Saya pernah melihat model konsep Proton Emas, dari luar kelihatan padat dan kecil dari Myvi, tetapi ia hampir sama besar seperti Myvi jika lihat bahagian interior. 

Proton GSC P2-30A dibangunkan dengan platform serba baru yang bakal dikongsi dengan model gantian Saga dan MPV B segmen, model ini akan dilancarkan pada suku pertama 2014 pastinya dinanti-nantikan. GSC akan mempunyai 2 pilihan enjin, 1.3l IAFM+ dan 1.6l Campro NFE (mempunyai fungsi “Smart On/Off”). Transmisi CVT 7-kelajuan ProTronic dan manual 5-kelajuan akan dipadankan sebagai kombinasi kepada enjin tersebut. Pihak Proton juga ada menyatakan bakal memperkenalkan model pertamanya yang menggunakan enjin hybrid, adakah ia berkait rapat dengan model ini? Apa pendapat anda?

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ





Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
14 Disember 2013 7:52 PTG

nampaknya proton ubah design sbb rekaan proton emas mungkin jd hak milik vw. saiz mungkin besar naza suria / kia picanto.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger