Lampu Isyarat Berkabel Pertama Di Malaysia!!!



Sebentar tadi telah berlangsungnya Majlis Perasmian Lampu Isyarat Berkabel yang pertama seumpamanya di Malaysia. Lokasi lampu isyarat tersebut terletak di Lebuh Raya Ipoh-Lumut yang menghubungkan persimpangan Felcra Nasaruddin Belia Bota, Seri Iskandar Perak. Lampu isyarat berkabel ini juga dikenali sebagai sistem Caternary. Ia sudah pun digunakan di kebanyakkan negara luar seperti di eropah.

Projek ini dimulakan pada 20 Mei 2013 dan siap pada 30 Oktober 2013 dengan kos sebanyak RM179826.65. Tiga baris kabel digunakan untuk memegang aspek bagi mengurangkan risiko jatuh jika putus. Projek ini selamat, mesra pengguna dan mudah dselenggara. Wireless sensor di pasang di bawah asper untuk mengesan kehadiran kenderaan.

Kelebihan sistem Caternary ini ialah mengurangkan kesesakan jalan ketika penyelenggaraan dilakukan (tidak perlu menutup jalan), mengurangkan berlakunya kemalangan (terutamanya yang melibatkan perlanggaran tiang), Jalan raya kelihatan lebih kemas dan teratur (tiada tiang-tiang lampu yang banyak), Mudah dilihat dari jauh dan selamat (tidak mudah jatuh atau berayun),

Tiada ducting dan kabel perlu ditanam di bawah tanah, tiada kerjakerja mengorek dan menurap jalan perlu dilakukan, memudahkan kerja-kerja penyelenggaran (aspek boleh ditarik ke tepi) dan meningkatkan keselamatan pada juruteknik penyelenggaraan (kurangkan risiko dilanggar).

Lampu isyarat ini telah dirasmikan oleh YB Dato Zainol Fadzi Hj Paharuddin Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri Perak. Pada saya ia satu perkembangan yang cukup baik kerana sebahagian daripada kita menghabiskan masa setiap hari di jalan raya, justeru adalah penting untuk dapatkan sistem jalan raya yang lebih baik dan cekap.


KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ







sumber Isa Zainal, Shahrul Azril Sulaiman
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger