Diskaun Tol 20 Peratus Sempena Hari Natal dan Tahun Baharu


Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas), pengendali tiga lebuh raya di Lembah Klang, menawarkan diskaun tol 20 peratus kepada penggunanya sempena Hari Natal dan Tahun Baharu 2014. 

Menurut kenyataan Prolintas, lebuh raya terbabit ialah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA). Pemberian diskaun bermula 6 pagi pada hari berkenaan sehingga 6 pagi keesokannya. 

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai trafik terkini di tiga lebuh raya berkenaan, pengguna boleh melayari Twitter AKLEHtrafik, GCEtrafik dan LKSAtrafik atau laman sesawang www.prolintas.com.my

sumber : Bernama
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger