Toyota Corolla Altis 2014, Bakal Dijual Dengan Anggaran Harga RM115,000-RM137,000


UMW Toyota telah mengeluarkan harga anggaran untuk Toyota Corolla Altis 2014, bagi membolehkan penasihat jualan  mula mengambil pesanan sebelum pelancaran kereta. Ia dijangkakan sebelum Tahun Baru Cina 2014, bagi mengambil kesempatan daripada tempoh jualan perayaan tersebut.
Tiga model disenaraikan dalam senarai harga anggaran:
  1. Toyota Corolla Altis 1.8E (A) – RM115, 000
  2. Toyota Corolla Altis 2.0G (A) – RM125, 000
  3. Toyota Corolla Altis 2.0V (A) – RM137, 000
Hanya dua varian  enjin ditawarkan buat masa ini – model asas Corolla Altis 1.6E RM106,000 semasa telah digugurkan, digantikan dengan model 1.8E sebagai entry level kepada keluaran terbaru ini. Model G, yang kini menggunakan  enjin  1.8 pula bakal mempunyai enjin 2.0.

Model 2.0V yang berada di pasaran semasa berharga RM132,000 (Harga Atas Jalan) dengan insurans , jadi harga baru sebanyak RM137,000 menandakan terdapatnya kenaikan harga sebanyak RM5,000. 1.8G yang sebelum ini dijual pada harga RM123,000 (Harga Atas Jalan) dengan insurans , ditukarkan kepada model 2.0G baru berharga RM125,000. 

Walaupun terdapatnya perbezaan harga antara keduanya, sekurang-kurangnya anda akan mendapat enjin yang lebih besar. Model peringkat kemasukan (entry level) kini adalah 1.8E pada  harga RM115,000, di mana terdapat kenaikan sebanyak RM2,000 daripada harga model 1.8E semasa.

Selain daripada kereta, terdapat juga senarai harga untuk aksesori . Terdapat  satu Pakej Aerokit berharga RM2, 350. Dua harga pek DVD- AVN , satu untuk 1.8E dan satu lagi untuk model 2.0G dan 2.0V yang menunjukkan bahawa 2.0G dan 2.0V didatangkan standard dengan sistem DVD- AVN dengan kamera undur , dengan upgrade sebanyak RM1,800. Bagi 1.8E pula, pemasangan penuh sistem DVD- AVN  menelan kos yang lebih tinggi, iaitu sebanyak RM2, 990.

 KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


sumber : ArenaKereta
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger