Spyshots Model Gantian Proton Perdana Ditemui!!


Spyshot yang diperolehi dari paultan.org ini menunjukkan sebuah Accord yang di rebadged untuk pengganti Proton Perdana. Ia ditemui di R&R Gombak oleh Khai RULE Cultus. Dengan camo yang sangat minimum di bahagian bumper hadapan dan belakang, dan sebahagian besarnya masih kelihatan seperti Honda Accord. Cuma grill hadapan yang dilindungi menunjukkan bahawa ia rekaan identiti Proton Perdana itu nanti.

Roda aloi pada kereta ini kelihatan serupa dengan Proton Exora Prime. Di dalam, terdapat perubahan yang minimum, dengan lencana Honda pada stereng hanya digantikan dengan lencana Proton. Kita juga melihat beberapa jenis ballast di belakang, mungkin untuk kiraan berat beban. 

Model Proton Perdana baharu akan mempunyai 2 fasa, fasa pertama sebagai kereta rasmi kerajaan yang bakal menggantikan model Perdana dan Inspira. Dikatakan fasa pertama ini bakal dikeluarkan penghujung tahun ini dan 2 tahun selepas itu akan ada model untuk pasaran tempatan yang berkemungkinan besar akan menggunakan platform sedia ada dengan rekaan yang berbeza.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 
 
 
 


Share this article :

+ comments + 8 comments

Tanpa Nama
8 November 2013 12:13 PTG

just tukar gril je tu..

Tanpa Nama
8 November 2013 7:14 PTG

Xda design lain ke yang nk d tunjukkan...skurangnya klau base sma ubah totally 100% exterior kan nmpak rare. Identiti mlaysia pnting...klau mcm ni simple..lbih baik copy trus totally honda..

Tanpa Nama
8 November 2013 7:18 PTG

Saya memang rasa boson dengan proton..shape petak..apa inovasi yang mreka ada..selalu sangat kena tipu dengan vendor..Proton,cuma fikir msadepan jenerasi akan datang.klau mcm ni.semangat patriotik memang hancur la dgn ada nya produk tempatan mcm ni..kami faham?

Tanpa Nama
8 November 2013 7:20 PTG

Rasa bangga sudah tiada.kasi hemtam sama proton.perodua lgi teruk daripada proton

Tanpa Nama
8 November 2013 7:22 PTG

Errr.tengok accord sebelah vios .metality kita proton adalah sangat teruk tanpa design yang kuno.

Tanpa Nama
11 November 2013 12:37 PTG

lampu kecil yg melintang belakang tu nanti mesti diorang letak chrome bar agaknya..

Tanpa Nama
13 November 2013 4:47 PTG

yg penting lotus handling

Tanpa Nama
16 November 2013 8:02 PTG

Apa pula nasib inspira?

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger