Spyshot Proton Global Small Car (GSC @ P2-30A) Di Eropah!


Spyshots pertama Proton Global Small Car (GSC @ P2-30A) yang sedang menjalani ujian di Eropah diperolehi oleh paultan.org. Model ini dikatakan sedang diuji oleh vendor Proton. Dibangunkan dengan platform serba baru yang bakal dikongsi dengan model gantian Saga dan MPV B segmen, model yang akan dilancarkan pada suku pertama 2014 pastinya dinanti-nantikan. Turut dilancarkan pada 2014 adalah model gantian Proton Perdana.

GSC akan mempunyai 2 pilihan enjin, 1.3l IAFM+ dan 1.6l Campro NFE (mempunyai fungsi “Smart On/Off”). Transmisi CVT 7-kelajuan ProTronic dan manual 5-kelajuan akan dipadankan sebagai kombinasi kepada enjin tersebut. Model ini juga dikatakan yang pertama menggunakan EPS (Electronic Power Steering) selain mempunyai ciri-ciri keselamatan tinggi menyamai Suprima S dengan 6 beg udara dan lain-lain. Mungkin juga model ini akan mendapat penarafan 5 bintang ANCAP seperti Suprima S.

Dikatakan gaya rekaan model ini mempunyai elemen rekaan Lotus City Car dengan beberapa perubahan yang kita dapat lihat seperti cermin sisi yang diletakkan pada pintu hadapan dan lampu belakang menegak, seperti VW Up. Bahagian dalamannya dikatakan mempunyai rekaan yang lebih ranggi, sesuai dengan kereta bersaiz kecil. Model ini akan dipasang di Tanjung Malim dan kini proses penyediaan pemasangan dan beberapa model prototaip telah pun dipasang untuk diuji.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ




sumber : funtasticko/paultan
Share this article :

+ comments + 9 comments

Tanpa Nama
27 November 2013 3:08 PTG

side mirror design baru. jarak roda pun x sama mcm saga dan savvy. gsc dibangunkan serba baru. exterior ada mcm lotus city car dan ford fiesta sikit2.

Tanpa Nama
27 November 2013 10:41 PTG

Menarik. Boleh tunggu lagi nk beli kereta baru. Tahun depan perodua pun nk keluar viva baru. So kita tunggu dua dua model ni camna nanti.

Tanpa Nama
29 November 2013 11:46 PG

ada orang cakap ini bukan Proton GSC tp kalau sekali tgk mcm mitsubishi concept small car.

Tanpa Nama
29 November 2013 12:58 PTG

nampak besar saiz saga..

Tanpa Nama
29 November 2013 1:59 PTG

kalau tengok kan saga, exora, preve dan suprima. dh banyak yg elok dari yg dulu. harap model terbaru ni lebih elok.

Tanpa Nama
2 Disember 2013 1:58 PTG

ini test mule ke atau actual gsc.....kan bagus kalau sape2 dapat gambar lagi clear dan tak da tampal.

Tanpa Nama
3 Disember 2013 4:14 PTG

pada mata aku ni...macam ada kurang lawa aje...tapi tak tahu part mana yang kurang sikit...harap2 yang betul2 keluar prod nanti.....cantik design sedap mata memandang....hihihi

Tanpa Nama
3 Disember 2013 9:11 PTG

aku pun harap x problem mcm tiara, savvy dulu. hope kualiti mcm saga. aku pakai saga dan terbaik. harap model baru ni pun terbaik!

Tanpa Nama
4 Disember 2013 2:09 PTG

kalau besar mcm ford fiesta enjin turbo. cantekk!!!

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger