Sime Darby Motors Masuki Pasaran Vietnam


Sime Darby Motors, cabang automotif Sime Darby Bhd, kini mengembangkan kehadirannya ke Vietnam. Dalam usaha mengembangkan perniagaannya sebagai peserta automotif utama rantau Asia Pasifik, Sime Darby Motors telah memeterai perjanjian pengambilalihan pengedaran BMW dan MINI di Vietnam, satu pasaran baharu bagi kumpulan itu, yang telah beroperasi di lapan negara dan wilayah di rantau itu.

"Sebagai kumpulan automotif serantau, kami telah meneroka peluang pengembangan ke pasaran-pasaran baharu dan Vietnam ternyata satu pasaran menarik dengan penduduk yang semakin mewah," kata Pengarah Urusan Datuk Lawrence Lee, dalam satu kenyataan pada Ahad.

Anak syarikat Sime Darby Motors, Sime Singapore Ltd, membeli 89.15 peratus daripada Europe Automobiles Corp Holdings Pte Ltd (EACH) dengan harga RM93.73 juta (AS$29.59 juta), dan 16.02 peratus daripada Europe Automobiles Corp (EAC) dengan harga RM20.22 juta (134,798.7 juta Vietnamese Dong).

EACH memegang 82.98 peratus dalam EAC, yang memegang hak pengedaran di Vietnam. Pembelian itu, dijangka selesai menjelang 8 Nov, 2013 tertakluk kepada beberapa syarat, termasuk kelulusan daripada BMW Asia Pte Ltd dan BMW AG.

Sime Darby Motors melaporkan keuntungan sebelum faedah dan cukai sebanyak RM711.4 juta bagi 2013, satu peningkatan satu peratus daripada tahun sebelumnya, di celah-celah persekitaran perniagaan yang mencabar.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger