Rakyat Malaysia Tahu Cara Jimat Petrol


Ramai rakyat Malaysia sedar mengenai tabiat yang dapat mempertingkat kecekapan penggunaan petrol, menurut laporan Soal Selidik Shell. Tinjauan selama lapan minggu dengan 762,130 responden itu menunjukkan 90 peratus responden selalu mengamalkan petua penjimatan petrol, mencerminkan impak usaha Shell yang berterusan untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai pelbagai tabiat menjimatkan petrol. 

Pengurus Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd Azman Ismail berkata, keputusan soal selidik Shell itu menzahirkan usaha dan komitmen Shell dalam mendidik pengguna di Malaysia mengenai kepentingan tabiat penjimatan petrol. "Pendapat mereka telah memberi kami pandangan mengenai keperluan pelanggan terkini dan seterusnya membantu kami untuk terus mempertingkat kualiti produk dan perkhidmatan kami,” katanya. 

Sementara itu, sebahagian besar peserta kempen soal selidik itu (94 peratus) menyatakan mereka lazim mengisi kenderaan dengan petrol Shell FuelSave 95, rumusan khas yang diperkenalkan Shell di Malaysia pada 2009. Selain itu, keputusan kajian menunjukkan 93 peratus responden ingin memperoleh lebih maklumat mengenai penjimatan petrol, dengan 42 peratus daripada mereka lebih berminat mempelajari penjimatan petrol menerusi media diikuti melalui bengkel pendidikan dan media sosial. 

"Shell Malaysia sentiasa berkongsi petua penjimatan petrol secara aktif menerusi pelbagai kempen medianya yang popular, bengkel pendidikan dan juga pelbagai usaha unik yang dijalankan di seluruh negara. "Syarikat ini akan terus melabur untuk mendidik rakyat Malaysia melalui pelbagai platform, terutamanya media yang merupakan pilihan utama kebanyakan responden," kata Azman. 

Kempen Soal Selidik Shell anjuran Shell Malaysia yang julung kali diadakan di seluruh negara dilancarkan pada Mei tahun ini untuk memahami keperluan pelanggan Shell dengan lebih mendalam menerusi maklum balas mengenai produk serta perkhidmatan yang ditawarkan.

dipetik dari Sinar Harian
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger