Proton Suprima S Kini Di Australia


Hanya seminggu selepas pelancaran Proton Suprima S, di Jakarta, PROTON Holdings Berhad (PROTON), kini melancarkan model hatchback terbarunya di Australia. Proton Suprima S diperkenalkan di Sydney oleh Ketua Pegawai Operasi (Komersil), En Hisham Othman dan Ms Kaye Aimes, Ketua Pegawai Operasi PROTON Cars Australia.

Ditawarkan dalam dua varian – GX dan GXR, Suprima S dijana oleh enjin 1.6 liter, DOHC, 16-injap, Campro, Charged Fuel Efficiency (CFE) yang mampu menjana 103kW @ 5,000 rpm dan 205Nm @ 2,000-4,000 rpm.Ia dipadankan dengan transmisi tujuh-kelajuan Protronic CVT dengan paddle shifter dan disusuli dengan transmisi enam-kelajuan manual tahun hadapan.

Dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti Electronic Stability Control (ESC) dengan brake assist, Traction control, ABS dengan EBD, Active Headrests, seat belt pre-tensioners, pengunci pintu secara automatik, sensor hadapan dan belakang, kamera undur selain Active Hazard Lights yang dihidupkan secara automatik semasa perlanggaran atau semasa membrek secara mengejut pada kelajuan melebihi 90km/h.

Proton Suprima S akan mula dijual di Australia mulai 1 Disember 2013 dengan harga AUD21,790 Drive Away (GX CVT) dan AUD26,590 Drive Away (GXR CVT). Lima warna ditawarkan iaitu Atlantic Blue, Fire Red, Genetic Silver, Solid White dan Tranquillity Black.

Pakej Suprima S GX dan GXR termasuklah:
5 tahun jaminan atau 75,000km termasuk Percuma Servis Berjadual
5 tahun jaminan atau 150,000km
5 tahun jaminan atau 150,000km termasuk Percuma 24-jam bantuan jalanan
7 tahun jaminan anti-karat

sumber funtasticko
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger