Pemandu bas perlu setaraf juruterbang?


Profesion pemandu bas dinaik taraf supaya seiring dengan kerjaya lain yang disegani seperti kerjaya juruterbang dan ia telah dilakukan di negara-negara maju lain terutamanya di rantau Eropah. Ikuti info yang saya petik dari Astroawani.com
 
Pemandu bas perlu setaraf juruterbang- pakar

Kemalangan yang membabitkan bas perlu ditangani dengan penyelesaian yang lebih menyeluruh dan bukan setakat menyalahkan satu pihak sahaja.

Menurut pakar pengangkutan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, salah satu aspek penting yang jarang dititikberatkan ialah untuk memperkukuhkan jati diri pemandu bas.

“Salah satu perkara yang perlu dilakukan ialah kita memberkani jati diri kepada seseorang pemandu bas itu,” kata Ahmad Farhan, yang menambah perkara ini dapat memberi pemandu bas, yang merupakan satu kerjaya yang murni dan mereka perlu berasa bangga memikul tanggungjawab itu.

Beliau juga menyeru agar profesion pemandu bas dinaik taraf supaya seiring dengan kerjaya lain yang disegani seperti kerjaya juruterbang dan ini telah dilakukan di negara-negara maju lain terutamanya di rantau Eropah.

Ahmad Farhan ditemubual oleh wartawan Astro AWANI Ashwad Ismail, dalam Awani745.

Kemalangan maut yang membabitkan bas sering berlaku di negara ini dimana antara kejadian ngeri yang dicatatkan adalah kemalangan yang berlaku pada 21 Ogos lalu di Genting Highlands. Dalam insiden itu 37 maut manakala 16 yang lain cedera.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger