Perodua.com.my telah memuat naik lakaran grafik model konsep sedan baharu yang bakal diperkenalkan secara rasmi di KLIMS13. Buat masa ini tiada sebarang info rasmi dikeluarkan mahupun foto model konsep tersebut.
Dari lakaran ini, model ini lebih menjurus ke arah sebuah sedan yang sporty. Rekaan hadapan mempunyai klue yang hampir sama seperti Myvi baharu cuma rekaan lampu yang lebih tirus.
Mungkin juga model ini bakal memperlihatkan gaya rekaan terbaru Perodua untuk model-model pada masa depan. Nantikan kemunculannya di KLIMS13 di PWTC yang bermula Jumaat ini.
Catat Ulasan