Mitsubishi Attrage Dilancarkan Di Malaysia, Harga RM59K




Mitsubishi Attrage telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pagi ini selepas preview dan teasing beberapa bulan. Attrage adalah sedan segmen B yang berkongsi asas dengan Mitsubishi Mirage, dan seperti hatchback yang dilancarkan di sini pada tahun yang lalu, ia diimport dari Thailand.

Antara tarikan utama Mitsubishi Attrage ialah ia dikuasakan enjin moden 3A92 1.2 liter tiga silinder MIVEC dengan kuasa 80PS dan 106Nm tork maksimum, di mana enjin tersebut terbukti cekap dalam penggunaan petrol. Pada kadar 21km per liter, Attrage didakwa sebagai sebuah model sedan paling cekap penggunaan bahan apinya.

Mitsubishi Attrage sebelum ini dilancarkan di pasaran Thailand pada bulan Julai yang lalu, dan model berkenaan telah menerima status kereta eko dari pihak kerajaan Thailand atas kecemerlangan ekonomi bahan apinya. Sedan tersebut dikeluarkan dari kilang Mitsubishi di Laem Chabang, Thailand.

Menurut MMM, nama ‘Attrage’ terhasil daripada perkataan ‘attractive’. Untuk pasaran Malaysia, tiga varian akan ditawarkan. Varian pertama iaitu GL hanya akan dilengkapi transmisi manual lima kelajuan. Dua varian lagi iaitu GS dan SE tersedia dengan pilihan transmisi automatik CVT yang lancar.

Kesemua varian didatangkan dengan ciri-ciri keselamatan seperti dua beg udara dan ABS dengan EBD. Varian GS mendapat kelengkapan tambahan seperti ‘keyless entry’ dengan butang ‘push start’, stereng dan tombol gear dengan balutan kulit, serta penyaman udara automatik.

Bagi varian SE, model tertinggi itu turut dibekalkan kit badan sporty, lampu LED nyala siang, cermin dengan filem penebat haba keselamatan, tempat duduk kulit dan unit audio skrin sesentuh 2-DIN dengan USB, AUX-in dan kamera undur.

Terdapat dalam lima warna, Attrage Mitsubishi berharga dari RM59212 untuk GL M/T, RM67, 978 untuk GS CVT. CVT SE RM75, 796. Semua harga di atas jalan tanpa insurans. Mitsubishi Attrage hadir dengan tempoh jaminan 3 tahun atau 100,000km, yang mana tiba lebih awal dan penyelenggaraan percuma.
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


 
 
 

 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 



 Gambar : Paultan
Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
12 November 2013 4:11 PTG

menarik gak.. kereta kecik padat dan luas.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger