Lotus Dapat Geran 10 Juta Daripada Tabung Pertumbuhan Serantau


Group Lotus plc, sebuah unit milik penuh DRB-HICOM Bhd, telah menerima geran berjumlah 10 juta daripada Tabung Pertumbuhan Serantau (RGF). Dalam kenyataan Selasa, Lotus berkata geran itu akan digunakan bagi penyelidikan dan pembangunan produk serta latihan kakitangan. 

"Geran ini merupakan satu tambahan pembiayaan bagi syarikat ini, berikutan pelaburan sebanyak 100 juta oleh DRB-HICOM yang telah membolehkan kami meningkatkan kejuruteraan, produktiviti, kecekapan dan kualiti," katanya. Ketua Pegawai Operasi Lotus, Aslam Farikullah, berkata geran itu akan memastikan syarikat itu berkembang maju. 

"Kami berusaha memenuhi permintaan dunia yang semakin meningkat bagi kereta dan perkhidmatan perundingan kejuruteraan kami dan geran ini akan membantu meletakkan Lotus pada kedudukan barisan hadapan inovasi automotif dunia," katanya. Aslam berkata syarikat itu mempunyai rancangan yang menarik bagi kereta sportnya. 

"Ini adalah langkah yang sangat positif bagi Lotus dan kami berada pada kedudukan untuk mewujudkan pekerjaan baharu dan memberikan sumbangan besar kepada industri kereta Britain," tegasnya. RGF ialah tabung yang fleksibel dan berdaya saing dengan dana berjumlah 3.2 bilion. Ia beroperasi di seluruh England dari 2011 hingga 2017. Ia menyokong projek yang menggunakan pelaburan sektor swasta untuk menjana pertumbuhan ekonomi dan guna tenaga yang berterusan.
sumber : Bernama
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger