Lamborghini Hentikan Pengeluaran Gallardo Dan Digantikan Dengan Cabrera


Lamborghini telah memberhentikan pengeluaran Lamborghini Gallardo. Ini merupakan Gallardo(gambar) yang ke 14,022 yang dihasilkan oleh Lamborghini dan merupakan yang terakhir dihasilkan oleh syarikat dari Itali. Kereta ini merupakan model yang paling banyak dihasilakn oleh Lamborghini dan 50% pengeluaran kereta adalah dari model Gallardo sejak ditubuhkan pada tahun 1963. 

Tanpa menunggu lama, Lamborghini telah mengumunkan model yang akan menggantikan Gallardo. Model tersebut adalah Lamborghini Cabrera yang menggunakan gaya Aventador dan didatangkan dengan “push start button”. Masih tiada maklumat rasmi tentang spesifikasi Cabrera tapi ramai menjangkakan Cabrera akan datang dengan enjin 5.2 litre V10 570 PS. Transmisi tujuh kelajuan dan dual-clutch. 

Cabrera juga dikatakan akan menggunakan rangka yang diperbuat dari gentian karbon. Dijangkakan kelajuan Cabrera mungkin akan mencecah 0-100 km/h dalam jangka masa 3 saat.

sumber ArenaKereta
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger