Toyota Vios 2013


UMW Toyota Motor, pengeluar dan pengedar kenderaan Toyota di Malaysia, melancarkan model Vios Serba Baru. Dengan pelbagai naik taraf serta peningkatan, Toyota Vios Serba Baru ini memberikan pelanggan ‘Nilai Melangkaui Kebiasaan’.

Toyota Vios Serba Baru menerapkan penggayaan baru yang lebih jitu, teknologi automotif maju dan ciri-ciri yang dipertingkatkan bagi semua varian, menawarkan kepada pelanggan nilai pemilikan dan kepuasan yang lebih tinggi. Pengambilan tempahan bagi Toyota Vios Serba Baru ini dibuka sejak 1 Julai dan sehingga kini, lebih daripada 8,000 unit sudah ditempah. UMW Toyota Motor mensasarkan jualan sekitar 36,000 unit model baru ini setahun.

Sejak 2003, Toyota Vios dipasang di Malaysia, di kemudahan pemasangan milik UMW Toyota Motor, Assembly Services Sdn Bhd (ASSB) Shah Alam. Sejumlah RM600  juta dilaburkan bagi projek Vios, antaranya untuk mendapatkan peralatan teknologi tinggi serta melaksanakan penambahbaikan terhadap proses pengeluaran secara keseluruhannya.

Toyota Vios Serba Baru menawarkan pakej menarik, dengan alur rekaan dinamik bagi reka bentuk luaran, kabin yang lebih luas dengan ruang dalaman diberi sentuhan rekaan serba baru. Ia dilengkapi juga dengan spesifikasi yang dipertingkat, seperti sistem masukan pintar dengan butang penghidup enjin (Smart Entry & Push Start Button), lampu utama projektor, akustik penghadang angin, paras lampu utama berperingkat serta ciri-ciri keselamatan yang mencerminkan komitmen Toyota untuk memenuhi keperluan pelanggan dan pada masa sama mengekalkan kedudukan Vios sebagai model Toyota paling popular di Malaysia.

Toyota Vios Serba Baru ini turut didatangkan dengan tanda harga yang cukup menakjubkan. Toyota mengumumkan TIADA kenaikan harga bagi varian terlaris, Vios 1.5J dan hanya melakukan penyelarasan minimal dilakukan bagi varian-varian lain (Vios TRD Sportivo, 1.5G dan 1.5E). Harga atas jalan bagi Vios Serba Baru termasuk insurans bermula RM73,200 hingga RM93,200 bagi varian dengan spesifikasi lengkap.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 
 
 
 




 artikel dipetik : GearTinggi
gambar : paultan
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger