Proton Tidak Mengambil Bahagian Dalam KLIMS 2013


Proton dikatakan tidak akan menyertai KLIMS13 pada bulan hadapan. Ini pastinya akan mengecewakan seluruh peminat Proton dan juga pemerhati automotif memandangkan status Proton sebagai pengeluar kereta nasional. Tiada alasan rasmi yang diberikan, tetapi ia seolah-olah bahawa ada kaitan dengan ruang yang disediakan, atau kurang daripada itu.

Pada edisi yang lalu, Proton telah mempamerkan 5 buah kereta konsep dengan nama pendekar Melaka selain beberapa model yang lain. Ini amatlah memalukan kerana penarikan diri Proton kali ini di gelanggang sendiri. Ramai yang mungkin menunggu kehadiran bayangan model Globakl Small Car (GSC) dan keupayaan mereka yang lain yang pastinya menjadi daya tarikan utama. 

Dikhabarkan Proton sedang sibuk membangunkan kereta kecil global (GSC) tersebut yang dijangka keluar awal tahun hadapan dan pengeluaran pengganti Proton Perdana. Mungkin pihak pengurusan Proton mempunyai sebab dan alasan yang lebih kukuh. Proton juga tidak kelihatan pada IIMS 2013 yang lalu, atau mungkin ada kejutan pada saat-saat akhir nanti?

*betul ke nanti nak keluar Proton Persona SV?
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger