Proton Preve LE (Limited Edition)


Laman web Proton-edar telah memaparkan terdapat varian baru Proton Preve dengan tawaran harga RM79, 688, hanya RM50 lebih daripada Proton Suprima S. Menurut laman web itu, Proton Preve LE bermaksud edisi terhad dengan dihiasi dengan barangan R3, rim aloi 17 ' kemasan hitam, dengan profil tayar 215/45, ditambah ciri-ciri keselamatan dalam bentuk beg udara langsir (6 beg udara, sama dengan Proton Suprima S), upholsteri kulit untuk kerusi, kemasan pintu. Kereta ini boleh didapati secara eksklusif hanya warna Solid White. 

Enjin CFE dengan transmisi CVT masih lagi menjana model edisi terhad ini dan dijangkakan pengenalan secara rasminya bakal dibuat esok serentak dengan pelancaran pertandingan “Pandu & Menang” di mana Proton Preve LE adalah hadiah utama. Oleh itu, kita boleh mengharapkan maklumat lanjut mengenai Proton Preve LE esok.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger