Proton Exora CFE SV?


Menurut funtasticko, pembaca Nik Mohd Shahril Izwan sempat merakam beberapa foto Exora SV semasa pulang ke kampungnya sempena cuti Hari Raya Aidil Adha baru-baru ini. Selain desas desus pengenalan Persona SV, Proton juga sedang bersiap sedia untuk menambah satu lagi line-up SV, iaitu Exora.

Merujuk gambar tersebut, Dua unit Exora ini berbeza dari segi luaran. Lampu belakang biasa dan smoke, terdapat juga unit yang mempunyai lampu di bawah seperti Suprima S. Dua unit Exora ini juga memperlihatkan kita emblem CFE, ini amat berbaloi jika SV dilengkapi enjin Campro dengan turbo.

Sebelum ini, pengenalan Saga SV sangat mendapat sambutan dengan tawaran enjin Campro 1.3 dan gear CVT. Mungkin Proton ingin menambah pilihan SV, iaitu Saga, Persona dan Exora yang mana ia menjadi pilihan utama pembeli.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ



Share this article :

+ comments + 3 comments

Tanpa Nama
20 Oktober 2013 2:19 PG

Saya rasa exora sv tu mungkin yg guna lampu belakang biasa. Tp yg lampu bold tu ada plak emblem sv, siap ada fog lamp belakang plak.

Tanpa Nama
20 Oktober 2013 2:21 PG

Sv biasanya akan downgrade. X mungkin ada chrome bar. Ia akan atas skit dr exora bold basic.

Tanpa Nama
2 Jun 2014 8:42 PTG

Kat mana nk dprkan fog lamp

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger