Nasim Mahu Keistimewaan Bagi Kenderaan Berkuasa Diesel Dalam Belanjawan 2014


Pengedar Peugeot tempatan, Nasim Sdn Bhd, telah mencadangkan agar kerajaan menawarkan insentif istimewa untuk kenderaan berkuasa diesel yang dipasang di negara ini di bawah Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan pada Jumaat.

Ketua pegawai operasinya, Datuk Samson Anand George, berkata insentif diperlukan untuk mengambil peluang daripada potensi besar produk diesel, terutamanya kenderaan berkuasa diesel.

"Peugeot membuat enjin diesel yang 30 hingga 40 peratus lebih murah daripada enjin kereta biasa.

"Oleh itu, insentif istimewa patut diberikan kepada produk berasaskan diesel seperti yang diberikan kepada kenderaan hibrid mesra alam," katanya kepada pemberita selepas pembukaan bilik pameran 3S (servis, jualan dan alat ganti) Peugeot di Setia Alam di sini Rabu.

Bilik pameran RM2 juta itu, seluas 11,000 kaki persegi, mempamerkan kenderaan Peugeot dan boleh memberi perkhidmatan kepada sehingga 15 kereta setiap hari.

Samson Anand berkata Nasim akan memperuntukkan RM40 juta untuk perbelanjaan modal tahun depan untuk mengembangkan operasi pemasangan tempatan Peugeot dan meningkatkan pembangunan jaringan dengan membuka 10 hingga 12 cawangan.

Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger