Mazda 2 Elegance Di Thailand


Mazda telah menambah baik Mazda 2 sedan di Thailand dengan penambahbaikan dari segi kosmetik bahagian luaran serta dalaman sedan kompak keluaran. Rekabentuk styling dinaiktaraf bermula dari skirting untuk bahagian hadapan dan belakang, diikuti dengan rim aloi saiz 16 inci berwarna perak, menimbulkan lagi gah rekaan ala eropah.

Dilengkapi lampu hadapan 4-beam projector yang mana agak unik untuk model kereta didalam kelasnya, serta tempat duduk yang ditukar kepada kemasan kulit berwarna hitam. Sensor belakang ditawarkan juga sebagai standard.

Untuk infotainmen pula, Mazda 2 Elegance yang baharu ini didatangkan dengan pemain DVD serta skrin sentuh bersaiz 7-inci, alat kawalan jauh (remote control), sambungan Bluetooth, sambungan iPhone/iPod/USB/AUX dan juga terdapat butang kawalan pada stereng.

Tiada pertukaran dari segi mekanikal, bermakna enjin yang ditawarkan masih sama, enjing 1.5 liter MZR dengan 103PS dan 135Nm untuk tork. Enjin digabungkan dengan transmisi lima kelajuan untuk varian manual manakala 4 kelajuan bagi varian automatik.

Untuk pasaran di Thailand, model ini boleh didapati dengan harga dari Baht 550,000 bagi model asas dengan transmisi manual kepada Baht 715,000 untuk model premiumnya.
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


 



 

sumber : ArenaKereta
Share this article :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
22 Oktober 2013 10:48 PTG

what is the safety standard for this car?

Tanpa Nama
24 Oktober 2013 11:46 PG

Rear sensors for better safety while backing up are offered as standard

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger