Pada Jun 1994, syarikat pengeluar kereta Malaysia, Edaran Otomobil Nasional (EON), telah memperkenalkan kereta Proton Sembilu. Ia bukanlah model terbaru kereta berjenama Proton, tetapi merupakan nama 'body kit' kepada model kereta Proton Wira yang diubahsuai bentuk serta prestasinya bagi menjadi 'sporty'.
Ketika kereta Proton Sembilu diperkenalkan kepada umum, ia sedang dalam peringkat fasa pertama pengubahsuaian yang cuma melibatkan bahagian badan luar dan dalam kereta. Antara bahagian kereta yang telah diubahsuai ketika itu ialah:
- Penghadang hadapan - lubang angin pada sebelah kiri & kanan untuk menyejukkan brek & enjin, manakala bahagian 'bibir' untuk menahan udara dari terbias ke bahagian bawah.
- Penghadang tepi - untuk menambahkan kelajuan kereta, ia diubahsuai bagi mengelakkan angin terbias ke bahagian tayar.
- Penghadang belakang - bertindak menekan angin supaya menolak kereta ke hadapan.
- Stering - berukuran kecil dengan pemegang yang besar dan mudah dikendalikan akan membolehkan pemanduan menjadi lebih mantap dan stabil.
- Tempat duduk - bentuknya yang dapat mengampu badan akan membolehkan pemandu berada dalam keadaan stabil dalam semua keadaan.
- Tayar - memperkenalkan rim berukuran 15 inci.
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
Kereta Proton CARES (1992)
"Edaran Otomobil Nasional (EON) telah memasarkan dua model baru kereta nasional yang dinamakan Proton CARES, Khamis lalu" (Utusan Malaysia, 2 Disember 1992)
Proton CARES ialah jenama kereta Malaysia yang amat istimewa kerana ia hanya dikeluarkan sebanyak 200 unit sahaja pada 1992! Nama CARES ialah akronim untuk Clean Air Regulated Emission System
(Sistem Penapis Udara Berkawal) iaitu ciri khas yang diperkenalkan pada
kereta tersebut. Secara ringkasnya CARES bermaksud kereta tersebut
mengandungi "sistem suntikan bahan api pelbagai punca" yang berfungsi untuk "menambahkan kelancaran dan mendatangkan prestasi yang lebih baik"
Proton CARES yang dikeluarkan dalam 2 model, Salon SE & Aeroback GL,
secara fizikalnya adalah berdasarkan rekabentuk Proton Saga Iswara yang
telah dikeluarkan lebih awal. Model Salon SE berharga RM42,500 manakala model Aeroback GL
berharga RM43,000 termasuk insurans, cukai jalan & aksesori.
Identiti khas Proton CARES ialah pada rupa luarannya di mana ia hanya
dikeluarkan dalam 1 warna sahaja iaitu hijau metalik sebagai simbol "keprihatinan terhadap alam sekitar"
Majalah Saga (1988)
Seperti yang tertulis pada muka hadapan majalah ini, Saga ialah "majalah EON eksklusif untuk pemilik Proton Saga". Majalah Saga pertama kali diterbitkan pada September 1987 oleh Daniel J. Edelman Sdn Bhd bagi pihak Edaran Otomobil Nasional Sdn Bhd (EON). Majalah dwi-bahasa (Melayu & Inggeris) ini diterbitkan setiap 3 bulan sekali iaitu pada Mac, Jun, September dan Disember, dan ia diedarkan secara percuma untuk pemilik kereta Proton Saga sahaja.
Walau bagaimanapun pada Jun 1988 majalah Saga melaporkan bahawa "EON
membuat keputusan untuk menjualnya kepada orang ramai kerana sejak
dilancarkan dalam bulan September tahun lalu, ia menerima banyak
pertanyaan dari mereka yang berminat untuk melanggannya". Bermula bulan tersebut majalah Saga boleh dibeli dari semua cawangan EON di seluruh Malaysia dengan harga $2.50 senaskah untuk bukan pemilik kereta Proton Saga. Pada Jun 1988 jumlah pemilik kereta Proton Saga sejak ia mula dikeluarkan pada 1985 dilaporkan telah mencecah 70,000 orang, iaitu jumlah yang sama bagi pengedaran majalah ini.
Daripada segi isi kandungan, majalah Saga lebih menekankan kepada maklumat gaya hidup & kesihatan serta mempromosikan budaya & lokasi Malaysia (atau negara serantau) selain menyiarkan sedikit ruangan khusus mengenai kereta. Fokus majalah ini boleh dilihat melalui paparan gambar pada kulit hadapannya, misalnya gambaran kehidupan di Pantai Timur, kesenian Indonesia, keaslian Langkawi dan sebagainya. Ruangan lain yang terdapat dalam majalah ini ialah seperti EON Semasa (berita), Klinik Saga (penjagaan kereta), Gambaran (foto menarik) dan Muzik Untuk Saga (ulasan album/kaset).

sumber : arkibnegara.blogspot.com
+ comments + 7 comments
memang rare info nih.. saya pun x tau ada model sembilu..
Oo.. iswarakaler hijau tu cares la.. pakai injection. aku ingat saja2 owner cat kaler tu.
ingat sembilu ingat yusuf haslam.. awie ziana zain dan erra. hahaha!
maknanya ada iswara injection masa dulu..
Proton cares bukan setakat luaram dan enjin saje. Dashboard pun lain. Untung la sape ade simpan kete ni. Rare.

Catat Ulasan