Gambar Rasmi Toyota Harrier 2014


Toyota telah mengeluarkan beberapa keping gambar Toyota Harrier 2014, dan mungkin syarikat automotif dari Jepun itu mungkin akan membuat kemunculan sulung model terbaru Harrier ini di Tokyo Motor Show, yang bermula November ini. Model ini dibina asas dari Lexus RX dengan sedikit pengubahsuaian pada badannya, bakal dijual secara khusus di pasaran Jepun. 

Pengubahsuaian yang ketara di bahagian hadapan berbanding RX, dilengkapi dengan set lampu hadapan yang digelapkan, intake udara yang besar serta gril hadapan yang berkilat; menonjolkan lagi gaya perkasa Harrier baharu ini. Pada bahagian belakang pula, lampu belakang yang langsing dan juga spoiler yang dipasang di bumbung.

Info rasmi mengenai kuasa dan prestasi masih lagi tidak dapat dipastikan. Jika dilihat gambar menunjukkan terdapat tanda “Hybrid Synergy Drive”, ini menunjukkan Toyota merancangkan untuk menawarkan varian mesra alam, yang mana bakal menggunakan enjin 3.5 liter V6 yang terdapat pada RX 450h digabungkan dengan dua motor elektrik serta bateri Ni-MH.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ








sumber : ArenaKereta
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger