Bajet 2014 Yang Berkaitan Dunia Automotif Tempatan



Bajet 2014 ’Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji’ telah dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di parlimen pada 26 Oktober 2013. Apakah yang berkaitan dengan dunia automotif dan pengangkutan? Berikut serba ringkas apa yang telah dibentang :

- GST 6% akan menggantikan cukai jualan dan cukai pengkhidmatan berkuatkuasa 1 April 2015.  GST bukannya cukai tambahan kerana cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada akan dimansuhkan. Pada ketika ini, cukai jualan untuk kereta adalah 10%. Adakah harga kereta akan turun setelah GST dikuatkuasakan kelak?

- RM980 Juta diperuntukan untuk menaik taraf 437km jalan luar bandar dan RM500 Juta untuk Projek di Sabah dan Sarawak. Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316km. 

- Untuk membasmi masalah tempat letak kereta di Hospital Kuala Lumpur, 1,950 lot parking akan disiapkan pada 2014. 

- RM62 juta untuk membina kemudahan ‘park-and-ride’ di setiap LRT, KTM Komuter dan ERL. 

- RM15.3 juta untuk Sistem Perkhidmatan Teksi Berpusat bagi menaik taraf sistem teksi untuk kemudahan pengguna. 

- RM2.9 juta untuk projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru. 

- RM28 juta untuk membaik pulih KTM Komuter bagi meningkatkan prestasi perkidmatan. 

- RM28 juta untuk membina Hentian Akhir Bandar dan menaik taraf Perhentian Bas yang sedia ada.

Dalam pembentangan tersebut, tiada disentuh mengenai kenderaan hibrid/Elektrik. Pada bajet 2011, pengecualian cukai dan duti eksais diberikan kepada kenderaan hibrid/elektrik di mana pengecualian ini bakal berakhir pada 31 Disember 2013. Mungkin terdapat sesuatu pengumuman mengenainya apabila dasar National Automotive Policy (NAP) diperkenalkan oleh MITI nanti.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger