AES RM150 Bermula 18 September 2013 Dan Mata Demerit Kejara



Kadar baharu RM150 saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang diumumkan baru-baru ini  berkuat kuasa bagi saman dikeluarkan selepas 18 Sept lalu manakala saman sebelum tarikh itu masih menggunakan kadar lama iaitu RM300.

kadar baharu tersebut berasaskan 'Lagi Lewat Dibayar, Lagi Banyak Perlu Dibayar", sebagai contoh saman RM150 bagi kesalahan melebihi had laju dan tidak mematuhi lampu isyarat akan meningkat kepada RM200 jika tidak dibayar dalam tempoh 14 hari dan RM300 jika tidak dibayar dalam tempoh 60 hari.

Selain itu, bermula Januari 2014, mereka yang dikenakan saman AES akan turut dikenakan mata demerit mengikut jenis kesalahan berdasarkan sistem Keselamatan Jalan Raya atau Kejara.

bagi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat dan melebihi had laju akan dikenakan lapan mata demerit selain dikenakan saman. Tetapi jika saman AES dibayar dalam tempoh tiga bulan, mata demerit itu tidak akan dikenakan, dan jika mendapat 15 mata demerit dalam masa satu tahun, lesen memandu boleh digantung.

Untuk memahami lebih lanjut mata demerit sistem Kejara sila klik link ini.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger