Toyota Dedah Model Konsep Yaris Hibrid-R


Model konsep Toyota Yaris Hibrid-R dijadualkan akan didedahkan di Pameran Motor Frankfrut dan akan mempamerkan bagaimana teknologi hibrid boleh memaksimumkan prestasi serta meningkatkan elemen keseronokan pemanduan. 

Menggunakan asas model Yaris hatchback 3-pintu untuk pasaran eropah,model konsep Hibrid-R ini dikuasakan dari kombinasi enjin petrol 1.6 liter GRE (Global Race Engine) dan motor elektrik. Enjin petrol menggerakkan tayar hadapan dengan sejumlah 300bhp. Enjin Suntikan Terus Turbocharged dibangunkan oleh Toyota motorsports Gmbh dan mematuhi undang-undang FIA untuk GRE digunakan di dalam beberapa displin perlumbaan.

Di setiap roda belakang dikuasakan dengan motor elektrik 60bhp, dan kombinasi kuasa kesemua tayar menjadikan jumlah keseluruhan menjadi 420bhp!! Motor elektrik berkembar ini juga adalah generator ketika penurunan kelajuan serta membantu enjin petrol ketika pecutan. Tenaga disimpan ketika kereta membrek dan disimpan didalam kapasitor seperti yang terdapat dalam TS030, jentera lumba hibrid Toyota. 

Ketika pecutan, tenaga yang disimpan didalam kapasitor ini akan disalurkam ke motor elektrik bagi menggerakkan tayar-tayar belakang. Dengan teknologi yang disumbat kedalam Yaris Hibrid-R Konsep ini bersama enam kelajuan transmisi, pasti membuatkan pemanduan produk hibrid sesuatu yang menyeronokkan.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 

 
 sumber : ArenaKereta
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger