Proton Umum Pelan Hala Tuju Bulan Ini


Satu pelan hala tuju bagi Proton Holdings Bhd dijangka diumumkan bulan ini, kata Pengerusi Eksekutif, Tan Sri Mohd Khamil Jamil, Isnin. Mohd Khamil, yang juga Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, berkata kumpulan itu telah mengemukakan rangka pelan hala tuju itu kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. 

"Beliau amat berpuas hati dengannya dan mahu kami (DRB-Hicom) mengemukakan lebih banyak perincian kepada beliau, mungkin dalam masa beberapa minggu lagi," katanya apabila ditanya tentang perkembangan pelan hala tuju itu semasa berlangsungnya rumah terbuka Hari Raya di sini hari ini. 

Ditanya selanjutnya tentang agenda dalam pelan hala tuju itu, Mohd Khamil enggan menjelaskan lebih lanjut, sebaliknya menegaskan bahawa kedua-dua kilang pengeluaran Proton di Shah Alam dan Pekan, Pahang, tidak akan ditutup. Turut hadir pada majlis rumah terbuka itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Sumber : Bernama
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger