Proton Edar Tubuh Unit Milik Penuh Untuk Lotus


Unit milik penuh DRB-HICOM Bhd, Proton Edar Sdn Bhd, menubuhkan anak syarikat milik penuh yang dikenali sebagai Lotus Cars Malaysia Sdn Bhd (LCM). Dalam satu kenyataan hari ini, DRB-HICOM berkata LCM akan mengedar kereta Lotus dan alat ganti dan aksesori berkaitan di Malaysia. 

LCM diperbadankan mengikut Akta Syarikat 1965 sebagai syarikat sendirian berhad dengan modal dibenarkan sebanyak RM400,000 yang terdiri daripada 400,000 saham biasa RM1 setiap satu. Modal saham berbayar dan terbitan awal LCM ialah RM2 yang terdiri daripada dua saham biasa RM1 setiap satu. 

Menurut DRB-HICOM, perbadanan berkenaan tidak akan memberi sebarang kesan material kepada pendapatan kumpulan, aset bersih dan hutang bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac, 2014. 

sumber  BERNAMA
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger