Proton mahu menggunakan enjin yang dibeli dari Petronas yang berpotensi boleh melanjutkan kepada versi kapasiti kecil kereta Lotus jika kita berfikir secara realistik. Ini adalah untuk memanfaatkan sepenuhnya pelbagai teknologi yang dibeli dari Petronas.
Proton bakal memperkenalkan model konsep
Proton Suprima S yang dilengkapi oleh enjin Petronas NE01 berkapasiti
2.0L di KLIMS 2013. Difahamkan Proton Suprima S dengan enjin Petronas NE01 bakal memberi gambaran awal apa yang akan
ditawarkan oleh Proton pada masa akan datang setelah membeli teknologi
enjin daripada Petronas yang bernilai RM63 juta pada Disember tahun
lalu.
Enjin Petronas NE01 juga kini dalam fasa
terakhir ujian sebelum dikomersilkan tidak lama lagi. Enjin modular ini
mempunyai kapasiti 1.8L hingga 2.2L dengan turbo. Berkemungkinan versi
2.0L aspirasi natural (N/A) akan terlebih dahulu dikomersilkan sebelum
varian lain menyusul kemudian.
Khabar angin juga menyatakan, Proton
bakal mempamerkan model Suprima versi crossover di KLIMS13.
Mungkinkah Proton juga akan
memperkenalkan model konsep GSC untuk memberi bayangan awal mengenai
rekaan model yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan. GSC bakal
mempunyai 2 varian enjin NFE 1.3L & 1.6L dengan transmisi CVT &
manual 5-kelajuan.
sumber funtasticko dan malaysianmotoringnews
+ comments + 1 comments
apa perkembangan enjin NE01 ni? takder dengar apa2 pun pasal enjin ni kat mana2 keter potong lagi...haiihhhh...lajak jer lebih..lari x macam mana pun
Catat Ulasan