Nissan X-Trail Serba Baru Di Frankfurt


Presiden dan CEO Nissan, Carlos Ghosn, telah memperkenalkan Nissan X-Trail serba baru di Frankfurt Motor Show 2013. Model SUV kompak yang membuat debut global itu hadir dengan reka bentuk serba baru yang lebih sporty, termasuk dilengkapi teknologi premium serba canggih. 

Untuk pasaran Amerika Syarikat, Nissan X-Trail dikenali dengan nama Nissan Rogue. Sebagai salah sebuah model terpenting bagi Nissan, X-Trail dijadualkan akan dikeluarkan dari sembilan kemudahan pengeluaran yang berbeza di seluruh dunia. 

Setakat ini menurut Nissan, X-Trail serba baru yang mendapat perhatian ramai di Frankfurt baru-baru ini bakal dilancarkan secara rasmi untuk jualan pada suku pertama 2014, dengan jualan globalnya akan bermula pada bulan Julai 2014.

 KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



sumber : KeretaMoto
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger