Lotus Buka Bilik Pameran Perdana Di Singapura


Lotus, anak syarikat milik penuh Proton Holdings Bhd, membuka bilik pameran perdana baharu di Singapura. Lotus Singapore akan beroperasi secara kerjasama dengan Richburg Motors, yang akan mewakili Lotus di Hong Kong, menyediakan peluang bagi sinergi antara dua pasaran itu, kata syarikat tersebut dalam kenyataan. 

Bersempena dengan pembukaan itu, Lotus juga memperkenalkan model Exige S, Elise dan Evora kepada orang awam Singapura. Pengerusi Group Lotus Tan Sri Mohd Khamil Jamil berkata pelancaran bilik pameran perdana di Singapura itu mengesahkan komitmen DRB-HICOM Group bagi memulih dan mengukuhkan jenama Lotus, bukan hanya di seluruh dunia, tetapi terutamanya di rantau Asean. 

Beliau berkata perkongsian dengan Richburg Motors, yang sudahpun merupakan peserta unggul dalam pasaran Hong Kong, akan memastikan pertumbuhan Lotus di Singapura. "Singapura merupakan pasaran yang amat mencabar dan menarik dengan pelbagai jenis kereta mewah dan sport, oleh itu kami perlu kompetitif. 

"Apa yang lebih lagi, pautan kami ke Hong Kong dan Singapura kini bermakna kami boleh bekerjasama untuk mengukuhkan lagi jenama LOTUS dan mengembangkan operasi kami di rantau ini," katanya. Singapura merupakan pasaran utama bagi Lotus kerana ia dikenali sebagai hab di rantau Asean. 

Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger