Kia Picanto 2013 Serba Baharu Pada Oktober Ini!


KIA Malaysia bakal memperkenalkan model kompak generasi baharu Picanto pada bulan hadapan dan yang menariknya model ini dikhabarkan berharga di bawah RM60,000 untuk model asas dan untuk model spesifikasi penuh harganya di bawah RM63,000. 

Model yang dikatakan akan memberikan saingan sengit kepada Myvi iaitu Kia Picanto 2013 telah pun dipamerkan di Sunway Piramid baru-baru ini. Bakal didatangkan dengan dua variasi enjin; 1.0 dan 1.2 liter enjin. 

Untuk variasi yang lebih berkuasa, 1.2 liter enjin mampu menghasilkan 84 kuasa kuda, dan mengambil masa 11 saat untuk memecut dari 0 hingga 100km/h. Daripada segi penggunaan minyak, versi manual dikatakan hanya menggunakan 5.0 liter untuk perjalanan sejauh 100km. 

Model yang telah menerima anugerah Car of the Year 2011 – Best Small Car & Design Award 2012 itu akan dijana oleh enjin 1.25 liter Kappa dengan pilihan transmisi automatik dan manual. Setakat ini belum ada info rasmi mengenai spesifikasi dan tarikh pelancarannya.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
 

 sumber : ArenaKereta
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger