Kerajaan Bakal Guna Model Proton Sebagai Kereta Rasmi, Batal Hasrat Menggunakan Honda Accord


Laman web Free Malaysia Today melaporkan kerajaan telah menarik balik hasrat untuk menggantikan Proton Perdana dan Inspira dengan Honda Accord sebagai kereta rasmi. Difahamkan kerajaan sedia untuk menanti model sedan eksekutif baharu keluaran Proton awal tahun depan sebagai kereta rasmi, namun hingga setakat ini masih belum ada berita rasmi yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan mahupun Proton. 

Sebelum ini timbul khabar angin, Proton bakal menggunakan Honda Accord sebagai model gantian Perdana tetapi tiada apa-apa perkembangan terkini mengenai status projek ini walaupun ada info mengatakan projek ini masih diteruskan dan prototaip untuk model ini telah pun siap. Free Malaysia Today juga mengatakan beberapa orang pegawai kerajaan telah memeriksa prototaip tersebut dan mereka sangat yakin dengannya. 

Penghantaran model ini akan dibuat bermula Januari tahun hadapan. Model sedan eksekutif baharu keluaran Proton itu buat permulaan hanya dikeluarkan untuk kegunaan rasmi kerajaan sahaja. Ada juga kemungkinan Proton akan memperkenalkannya ke pasaran jika mendapat reaksi yang positif.

sumber : funtasticko
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger