Keputusan Ujian Fasa Kedua ASEAN NCAP


Baru-baru ini ASEAN NCAP telah mengeluarkan keputusan ujian fasa kedua untuk sebelas buah model. Pengumumaan itu dibuat sempena Hari Terbuka ke-2 ASEAN NCAP di ibu pejabat MIROS di Kajang. Toyota Prius, Honda Civic, Subaru XV, Suzuki Swift, Mazda 2, Mitsubishi Mirage, Toyota Avanza, Perodua Alza, Nissan Almera, Daihatsu Xenia dan Mitsubishi Pajero Sport merupakan kenderaan yang telah menjalani ujian tersebut. 

Walaubagaimapun tidak semua kereta yang telah diuji dapat dilihat pada hari tersebut, namun ASEAN NCAP telah mempertontonkan 2 buah kereta yang telah diuji dan sebuah lagi kereta baharu yang terlibat dalam ujian fasa kedua itu. Pada sesi tengahari berlangsungnya mesyuarat ke-5 pengeluar kereta ASEAN yang bertujuan untuk menghasilkan suasana yang harmoni antara pemain industri dan ASEAN NCAP. 

Buat pertama kalinya, satu forum telah dianjurkan oleh ASEAN NCAP atau lebih dikenali Focus Group Discussion (FGD) – untuk semua pengamal media, unit korporat/penjenamaan/pemasaran OEM dan rakan mereka, persatuan pengguna dan syarikat insurans. Ini merupakan platform untuk ASEAN NCAP berkongsi apa yang dimaksudkan dengan keputusan ujian yang boleh mengelirukan orang awam daripada sesebuah iklan kereta. 

ASEAN NCAP merupakan tambahan kepada siri NCAP diseluruh dunia yang disasarkan untuk meningkatkan standard keselamatan, meningkatkan kesedaran pengguna dan menggalakkan pasaran kenderaan yang lebih selamat untuk rantau Asia Tenggara. Ini adalah satu kerjasama antara MIROS dan Global NCAP, yang juga telah membiayai fasa pertama projek. 

ASEAN NCAP turut disokong oleh ahli persatuan kereta dari Malaysia (AAM), Filipina (AAP) dan Singapura (AA Singapura). Pada masa ini, Jawatankuasa Pemandu NCAP ASEAN (SC) dipengerusikan oleh Ketua Pengarah MIROS, Prof Dr Wong Shaw Voon dan Jawatankuasa Teknikal (TC) dipengerusikan oleh Pengurus Pembangunan NCAP MIROS, Encik Khairil Anwar Abu Kassim.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ



 
 sumber : funtasticko
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger