Honda Jazz/Fit Mugen 2014


Pakej Mugen untuk Honda Jazz/Fit 2014 telah didedahkan secara rasminya oleh M-TEC Co. Ltd (MUGEN). Kira-kira sebulan lepas, beberapa keping gambar yang menunjukkan Honda Jazz/Fit 2014 yang dilengkapi pakej Mugen telah tertiris dikebanyakkan laman-laman sesawang.

Kit terbaru dari Mugen ini terdiri daripada bodykit yang aerodinamik termasuklah spoiler bumbung, rocker panels, lip spoiler, rear apron, diffuser serta beberapa pilihan rim aloi di dalam beberapa saiz. Sistem ekzos sport, penapis udara, brek yang lebih besar untuk cengkaman yang meyakinkan dan suspensi sport – antara barang-barang yang turut ditawarkan Mugen untuk Honda Jazz/Fit 2014. 

Selain dari itu, antara barangan lain yang disediakan khusus untuk Jazz/Fit; lampu LED, pemegang nombor plat dari karbon fiber, tempat duduk bucket dan gauges beberapa lagi peralatan yang boleh meningkatkan lagi elemen sporty ke atas Jazz/Fit. Dengan pakej Mugen ini, pemanduan Jazz/Fit menjanjikan sebuah kepuasan dan keseronokan yang unggul. 

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 
 
 

 sumber ArenaKereta
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger