Honda Civic Type-R Baharu 2.0 Liter Turbo!


Honda baru sahaja mengeluarkan info yang lebih lengkap mengenai model Civic Type-R baharu yang dinanti-nantikan. Model ini dijangkakan bakal berada dipasaran dalam 2015. Sudah dapat dipastikan enjin yang bakal berada di bawah hud Type-R. Akan dikuasakan oleh enjin suntikan terus 2.0 liter turbocharged, menghasilkan sekurang-kurangnya 280 kuasakuda. 

Maklumat lain adalah terhad buat masa ini, namun begitu dari apa yang dapat disimpulkan dari video dan gambar-gambar rasmi yang dikeluarkan Honda, Civic Type-R akan mempunyai susunan 4 ekzos (quad exhaust setup). Kelihatan juga model ini lebih rendah dari Civic biasa dan akan menggunakan rim aloi yang bersaiz lebih besar. 

Penambahbaikkan dari model Civic biasa yang mungkin ada untuk model Type-R ini antaranya; stereng dan sistem brek, bersama dengan kotak transmisi dan juga bodykit yang bakal dipasangkan untuk menambahkan elemen sporty ke atas model ini.Masih ada masa lagi dua tahun untuk pasukan R&D Honda membangunkan jentera Type-R ini untuk menjadikannya kereta pacuan depan paling laju di litar Nürburgring. 

Presiden Honda Europe, Manabu Nishimae berkata, ujian pemanduan telah pun bermula, dan model ini sudah begitu hampir untuk memecahkan rekod sedia ada. Objektifnya ialah untuk memecahkan rekod 8minit 7.97saat yang dicatatkan oleh Renault Megane RS Trophy dalam 2011.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
 
 



 sumber ArenaKereta
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger