Honda Accord 2013 Dilancarkan, Harga Bermula Pada RM139,800


Honda Accord 2013 serba baru telah pun dilancarkan di Malaysia semalam. Dengan harga bermula pada RM139,800 (di atas jalan dengan insurans), Honda melancarkan 3 varian untuk pilihan pemandu Malaysia. 

1. Honda Accord 2.0VTi: RM139,800 
2. Honda Accord 2.0VTi-L: RM149,800 
3. Honda Accord 2.4VTi-L: RM172,800 

Harga varian 2.0VTi adalah lebih murah RM3,000 berbanding dengan model Honda Accord sebelum ini. Model-model ini kesemuanya dipasang di kilang Honda di Pegoh, Melaka. 

Menariknya kali ini, Honda menawarkan jaminan 5 tahun tanpa had jarak perjalanan kepada pembeli-pembeli Accord. 6 servis percuma sehingga 100,000km akan turut diberikan (diselangselikan dengan servis berbayar). Tempoh masa servis ialah setiap 6 bulan atau 10,000km.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 
 

 sumber : ArenaKereta
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger