Harga RON97 Naik 15 Sen Kepada RM2.85 Seliter


KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Harga RON97 dinaikkan 15 sen kepada RM2.85 seliter mulai hari ini. Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman mengesahkan kenaikan harga itu dalam temu bual dengan Bernama. 

Beliau berkata harga RON97 perlu diselaraskan berikutan kenaikan harga minyak dunia, selain ringgit yang susut nilai berbanding dolar Amerika Syarikat (US). RON97 tidak disubsidi oleh kerajaan dan harga ditentukan oleh apungan terurus berdasarkan kuasa pasaran. 

Harga minyak dunia meningkat dengan minyak mentah Brent meningkat kepada AS$115.56 setong berikutan kebimbangan terhadap ancaman oleh Amerika Syarikat untuk menyerang Syria yang akan menjejaskan bekalan minyak Timur Tengah.

sumber : Bernama
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger