Galeri Model Daihatsu Di IIMS 2013


Daihatsu telah mempertontonkan kepada kita beberapa model konsep yang begitu menarik untuk kita di IIMS 2013, model-model ini juga memungkinkan model keluaran Daihatsu di masa hadapan dan ia juga mungkin untuk Perodua. Jika dilihat pada Model Ayla, NC, UFC-2 dan CUV, ia berkaitan model Viva, Myvi, Alza dan Nautica. Jom kita lihat artikel yang telah saya sediakan di bawah ini.

Daihatsu Ayla GT, Luxury Dan X-Track Concept

Toyota Agya dan Daihatsu Ayla telah dibangunkan menggunakan platform Daihatsu Mira e:S dan direka sepenuhnya oleh pereka Indonesia. Projek ini merupakan Low Cost dan Green Car (LCGC) yang dibangunkan secara usahasama antara Toyota dan Daihatsu, khusus untuk rakyat Indonesia. 

Ada juga sumber tidak rasmi yang saya terima, mengatakan ia pengganti Viva dan panggilan kod project D87A. Pihak vendor juga telah dapat lampu hijau mengenai projek ini dan jangka akan keluar pada tahun hadapan. 

Di IIMS 2013, Daihatsu Ayla dipertontonkan dalam tiga varian berbeza iaitu Ayla GT, Ayla Luxury dan Ayla X-Track. Ketiga-tiga konsep adalah untuk membuktikan kepada pembeli kereta bahawa Ayla boleh kelihatan lebih sporty (GT), elegan (Luxury) atau mencabar (X-Track), walaupun ia adalah kereta dalam bandar.
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 
 


Daihatsu NC-Y Concept Dan NC-Z Concept

Daihatsu NC-Y Concept dan Daihatsu NC-Z Concept dikatakan model yang sama tetapi dengan gaya rekaan yang berbeza. Kedua-duanya dikatakan memberi bayangan untuk kereta kompak mampu milik pada masa akan datang. Nama NC adalah singkatan daripada perkataan New Car manakala Y dan Z adalah pilihan rekaan. 

Jika diperhatikan model konsep ini nampak telah siap sedia untuk memasuki fasa produksi dan saiznya lebih kecil daripada Daihatsu Sirion (Perodua Myvi rebadged), tetapi lebih besar daripada Ayla. Tidak dapat dipastikan bilakah model ini bakal dlancarkan. 

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ




Daihatsu UFC-2 Concept

Daihatsu UFC-2 Concept (Ultra Function Compact) iaitu sebuah MPV kompak di Indonesian Motor Show 2013 yang sedang berlangung di Jakarta. Model ini juga merupakan kesinambungan daripada model UFC Concept yang telah diperkenalkan tahun lalu di pameran yang sama. 
Adakah ini adalah bayangan kepada model pengganti Daihatsu Boon Luminas/Toyota Passo Sette/Perodua Alza pada masa depan? Rekaan model Daihatsu Boon Luminas/Toyota Passo Sette/Perodua Alza mempunyai profil yang hampir dengan rekaan Daihatsu UFC-2 Concept terutama bahagian sisi.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ




Daihatsu DR-Estate Concept

DR-Estate adalah sebuah model baharu dari Daihatsu. Model 3 pintu ini sekali pandang sekumpulan dengan Honda CRZ namun pihak Daihatsu tidak memberi apa-apa info mengenai model ini. Model ini juga pernah muncul kategori cabriolet dengan nama Daihatsu DR.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 


Daihatsu CUV Concept

Satu lagi model konsep dari Daihatsu ini yang dipanggil Daihatsu CUV. Dalam bentuk konsep, Kenderaan Utiliti Crossover mempunyai penampilan yang berani dengan akhir hadapan anggun, coupe seperti roofline dan mencangkung.

Model ini memberi petunjuk sebagai pengganti Toyota Rush, Daihatsu Terios dan jika di Malaysia ia mungkin pengganti Perodua Nautica yang cukup singkat kemunculannya jika dibandingkan model sebelum iaitu Perodua Kembara.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
 
 


sumber gambar : paultan.org / solopos.com
Share this article :

+ comments + 1 comments

3 Oktober 2013 4:11 PTG

The Megane has a terrible reputation. If you buy one, always take a big bag with you in the boot to collect any parts that fall off. 
http://www.qtccars.com/used-daihatsu-cars.html

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger