Diskaun Alat Ganti Sehingga 84% Untuk Pemilik PROTON Savvy!



Khas untuk pemilik PROTON Savvy! Kini anda boleh mendapatkan diskaun untuk alat ganti (yang terpilih) kereta anda sehingga 84%! Kempen ini diadakan oleh PROTON sempena Sambutan Hari Merdeka yang bermula dari 1hb September sehingga 31hb Disember 2013. Inilah masanya untuk mendapatkan alat ganti tulen kereta anda dengan harga yang sangat menarik!

1. Bilakah tarikh promosi berlangsung?
a. Bermula dari 1hb September sehingga 31hb Disember 2013

2. Mengapa PROTON adakan kempen ini?
a. Kempen ini diadakan oleh PROTON sempena Sambutan Hari Merdeka khas untuk pemilik Savvy datang ke Pusat Servis PROTON untuk servis kenderaan mereka

3. Adakah mahal untuk menghantar Savvy ke Pusat Servis PROTON setelah tamat tempoh jaminan?
a. Tidak mahal kerana kami memberikan diskaun untuk alat ganti Savvy (yang terpilih) bermula dari 10% sehingga 84%!

4. Di manakah saya perlu menghantar Savvy tersebut?
a. Promosi ini diadakan seluruh negara di semua Pusat Servis PROTON, termasuk cawangan dan pengedar

5. Apakah barangan yang termasuk dalam senarai diskaun?
a. Senarai barangan yang terpilih ada di www.proton-edar.com.my atau boleh terus datang ke Pusat Servis PROTON yang berhampiran untuk maklumat lanjut

6. Adakah promosi ini sah untuk model kereta PROTON yang lain?
a. Diskaun untuk alat ganti Savvy hanya terpakai Savvy sahaja. Namun, PROTON juga menawarkan pakej istimewa untuk minyak pelincir untuk semua model PROTON. Sila datang ke Pusat Servis PROTON yang berhampiran untuk maklumat lanjut

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


 sumber : funtasticko
Share this article :

+ comments + 4 comments

25 September 2013 12:18 PTG

ini satu usaha bagus..memang banyak dilihat savvy sekarang berada tahap yang agak parah..dgn usaha ini sekurang-kurangnya savvy masih lagi bernyawa..lgi dgn harga minyak naik..syukur

Tanpa Nama
25 September 2013 1:55 PTG

masih mahal!!!

Tanpa Nama
25 September 2013 1:56 PTG

savvy boleh x guna enjin saga blm? chasis sama kan?

Tanpa Nama
25 September 2013 3:56 PTG

savvy ni cantik dari myvi dan viva. cuma ada fail skit bahagian belakang. kereta x byk rosak tp barang pulak mahal. bawak mmg puas hati.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger