Datsun GO+ Di IIMS 2013


Jenama Datsun yang muncul semula baru-baru ini telah memperkenalkan model keduanya untuk pasaran Indonesia – Datsun GO+. Model MPV dengan muatan tempat duduk 5+2 itu diperkenalkan dengan rasminya di Jakarta, Indonesia di acara permotoran Indonesia International Motor Show (IIMS) 2013 yang berlangsung dari 19 – 29 September.

Sebelum ini, Datsun terlebih dahulu memperkenalkan model pertamanya di alaf ini – Datsun GO. Model kompak tersebut akan dijual bersama-sama Datsun GO+ di pasaran Indonesia mulai tahun 2014, dengan harga kedua-duanya akan ditetapkan di bawah 100 juta rupiah. Datsun GO+ akan dikuasakan enjin 1.2 liter dengan transmisi manual 5-kelajuan, ditala untuk tahap ekonomi yang cekap dan kadar pecutan yang baik.

Menurut Nissan, model Datsun untuk pasaran membangun seperti Indonesia bakal menawarkan kos pemilikan yang rendah kepada pemiliknya. Datsun GO dan GO+ untuk pasaran Indonesia akan dikeluarkan dari kilang Nissan Motor di Purwakarta, terletak 80 km di timur Jakarta.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ





 

 sumber : KeretaMoto
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger