Toyota Vios Serba Baharu Bermula RM73 200 ~ RM93 200


UMW Toyota Motor bakal melancarkan generasi serba baharu Toyota Vios 2013, apabila ‘teaser’ model yang dinanti-nantikan itu telah muncul di dalam laman sesawang Toyota Malaysia. Toyota Vios serba baharu itu bakal dilancarkan pada bulan Oktober 2013 akan datang, dengan pilihan lima varian seperti berikut; 1.5 TRD Sportivo (AT), 1.5G (AT), 1.5E (AT), 1.5J (AT) dan 1.5J (MT). 

Toyota Vios 2013 serba baharu masih mengekalkan enjin sedia ada yang dikenali dengan kod 1NZ-FE berkapasiti 1.5 liter, dengan kemampuan menghasilkan kuasa kuda setinggi 109PS dan tork maksimum 141Nm. Kesemua varian dilengkapi transmisi automatik 4-kelajuan (4-speed Automatic with Super ECT, Gate Shifter), kecuali varian 1.5J (MT) sahaja yang didatangkan dengan transmisi manual 5-kelajuan.

[KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ]

Mengenai harganya pula, ketika ini pihak pengedarnya iaitu UMW Toyota Motor telah mengeluarkan harga anggaran bagi setiap varian, berkemungkinan besar harga tersebut akan kekal sehingga harga rasmi diumumkan sewaktu pelancaran nanti. Berikut ialah senarai harga yang ditawarkan untuk Vios 2013 serba baharu (On The Road Price With Insurance): 

  • Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo (AT) : RM 93,200.00 
  • Toyota Vios 1.5G (AT) : RM 88,500.00 
  • Toyota Vios 1.5E (AT) : RM 82,900.00 
  • Toyota Vios 1.5J (AT) : RM 77,300.00 
  • Toyota Vios 1.5J (MT) : RM 73,200.00
sumber dan disunting semula : KeretaMoto
Share this article :

Catat Ulasan

 
www.azelery.com dahulu dikenali saluran07.blogspot.com
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger