Timbalan CEO Proton Holdings Berhad, Datuk Lukman Ibrahim Letak Jawatan

 
Datuk Lukman Ibrahim telah disahkan meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton. Perletakan jawatan itu dikatakan tiada kaitan dengan kontrak beliau yang akan berakhir tidak lama lagi.
 
Difahamkan penyerahan surat perletakan jawatan telah berkuat kuasa pada 25 Julai 2013. Datuk Lukman turut memberitahu bahawa buat masa ini beliau tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menyertai syarikat lain. Perletakan jawatan Datuk Lukman telah mendatangkan sedikit kejutan memandangkan Proton sedang dalam proses rombakan di bawah pengurusan DRB-Hicom.
 
Terdapat juga khabar angin mengatakan bekas CEO Proton Dato’ Sri Haji Syed Zainal bakal kembali untuk menerajui Proton bersama-sama Pengerusi Eksekutif Proton, Dato’ Sri Haji Mohd Khamil Jamil.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger